Perkhidmatan. Jika anda membatalkan janji temu perkhidmatan, anda akan dikenakan yuran yang tidak boleh dikembalikan atau yuran berkaitan perkhidmatan yang telah digunakan, sila hubungi jabatan yang berkenaan untuk penjelasan lanjut. Jika pemulangan anda memenuhi semua keperluan, kami akan mengembalikan sebarang bayaran tambahan yang dibayar oleh anda dalam masa 7 hari bekerja selepas mengesahkan pembatalan.
Produk. Kami tidak menerima pemulangan atau pertukaran melainkan:
- Jika produk yang dihantar dalam keadaan rosak atau cacat; atau
- Jika produk hampir tamat tempoh atau sudah tamat tempoh; atau
- Jika pesanan tidak dipenuhi iaitu kehabisan stok; atau
- Jika produk berbeza daripada pesanan yang dihantar.
- Permintaan pemulangan mesti dibuat kepada kami dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh pesanan diterima.
- Barang anda mesti tidak digunakan dan dalam keadaan yang sama seperti yang anda terima.
- Produk hendaklah dikembalikan dalam keadaan asalnya, kuantiti dan pembungkusan seperti yang mula-mula dihantar kepada pelanggan bersama-sama dengan bukti pembelian.
Jika syarat-syarat yang dinyatakan di atas tidak dipenuhi, kami berhak untuk tidak mengeluarkan bayaran balik.